tangan yang bergeletar itu..

bismillah
alhamdulillah,

hari itu, Tuhan izinkan saya bertarawikh di surau.tidak lagi berdiri sendirian di dalam bilik.hari itu,saya berjalan sendirian menuju surau.sengaja,supaya setiap langkah saya, Allah kira sebagai yang tidak dicampuri yang haq+batil.kerna saya tahu,apabila saya berjalan bersama orang,akan ada perbualan lagha.

oleh kerana hari itu, alhamdulillah.

saya belajar erti dunia yang benar² Allah tunjukkan hikmahnya.sepanjang fardhu isya’,saya bersebelahan dengan kaum muda.dimana, saya teramat bersyukur berada sebaris dengan yang sebelia dengan saya.

laungan tarawikh tiba² membuatkan saya mahu memecut,berada di barisan hadapan.

berdiri bersebelahan dengan warga emas yang sudah tiada terdaya untuk mendirikan solat.lalu, solatlah ia dalam keadaan duduk.bongkok tulang belakang ia terserlah dilitupi telekung putihnya.figura kurusnya menyerlahkan kitaran manusia yang mengecil di usianya. kedut seribu wajah putihnya membawa 1001 pengalaman pahit+manis dalam dirinya.

“aku kelak akan berada di dalam kasutmu suatu hari,wahai makcik tua”

******

Di rakaat ketiga sunat witir.imam berhenti selepas i’tidal untuk berqunut sejenak.semua jemaah yang berjantina lelaki mahupun perempuan menadah tangan membentuk mangkuk di tangan masing².memohon dengan sebenar2nya pada yang Maha Memberi.

makcik tua dan aku tidak terkecuali.

walaupun tangan ia bergeletar akibat penuaan,dirinya tetap tegar melaksanakan perkara sunat tersebut,turut serta mengerah daya untuk  menadah tangan pada Yang Esa di atas sana.tangan yang bergeletar itu mengajar aku erti dunia.

yang disimbahi hikmah serta nilai tersembunyi,walau pada sepasang tangan yang bergeletar.

******

apa erti dunia apabila riya’ melata.

apabila suatu zaman itu tiba saatnya.pabila si hamba tidak pantas lagi menadah tangan,merendahkan serendah²nya hati memohon pada Si Pencipta Yang Maha  Esa.apabila hanya tangan² yang  bergeletar berasa  layak untuk  memohon pada Yang Esa.

di situ,saya tersedar.selama ini,do’a² harian tidak diiringi dengan tangan yang menadah.penunjuk kehambaan yang merendahkan hatinya itu,diabaikan.

******


tangan itu perlahan menyapu raupan mukanya yang berkedut itu.amat terharu insan yang berdiri di sebelah ia.

tiadalah ertinya hidup tanpa penyerahan segalanya pada Yang Esa.

tiada ertinya hamba apabila Tuhannya diabaikan.

dan tiada ertinya dunia pabila riya’ melata.

******

usai du’a dan selawat ke atas nabi S.A.W,perlahan makcik tua bangun dari kerusi itu.sepenuh kudrat diberikan bagi mencapai suatu nikmat bersifat sebentar, berdiri. makcik tua telah mengajar erti hidup dalam salutan rahmat Tuhan.

******

alhamdulillah.

Allahumma Taqabbal minni solati tammah waghfirli zunubi  ’aamah !

*******

Jadikanlah aku dikalangan mereka yang menyedari hakikat dunia ini lalu bersyukkur Ya Allah.

Advertisement
  1. #1 by kenang daku dlm doamu on August 28, 2011 - 6:56 pm

    ana nmpk mk cik tu qilah :’(

    • #2 by Aqilah Hatta on September 6, 2011 - 2:16 pm

      feedback to kenang daku dalam doamu >>

      huhu~semoga makcik meraih syurga ameen..

  2. #3 by bintuHasan on August 29, 2011 - 5:42 am

    Salamullah.

    Yup,kadang-kadang makcik makcik tua yglebih bersemangat melakukn ibadah drpd golongn muda,walaupun kudratnya tidaklah sekuat mana dibndingkn dgn gologn muda…

    Ramdhan Mubarak!sahabat….

    • #4 by Aqilah Hatta on September 6, 2011 - 2:21 pm

      feedback to bintuHasan >>

      ‘alaykumsalam.
      mungkin kerana kita yang muda2 ni Allah uji dengan perkara sebegini.
      yang mudah2 itu jugalah Allah jadikan sukar buat kita :( semoga kita tidak tergolong bersama orang2 yang rugi jah :’(

      ‘eidun sa’eed ukhti! taqabbalallahu minna waminkum!

  3. #5 by taghrid on October 13, 2011 - 9:07 pm

    malu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.